MESEJ PENGETUA

MEMO PENGETUA

1 comment:


  1. Assalamualakum wrt wbt. Saya gembira dilantik sebagai Pengetua baharu di SMK Pengkalan Berangan bermula 16 November 2015. Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk bersama-sama barisan guru-guru yang berdedikasi di SMK Pengkalan Berangan bagi meneruskan lagi kecemerlangan yang dicipta oleh murid-murid SMK Pengkalan Berangan. Saya memulakan kerjaya sebagai guru pada tahun 1990 sebelum berkhidmat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu (dahulunya dikenali sebagai Pusat Sumber Pendidikan Negeri Terengganu) dan di Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu sehingga 15 November 2015.
    Marilah kita berdoa agar calon-calon SMK Pengkalan Berangan yang sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia terus diberi ketenangan fikiran, hati yang lapang dan minda yang cergas. Saya berterima kasih kepada mantan Pengetua ( Puan Hajah Che Mek Kamariah bt Che Yem ) dan barisan guru-guru SMK Pengkalan Berangan yang cukup berdedikasi dan bekerja keras dalam memberi pendidikan yang terbaik kepada semua murid dengan kerjasama mantap daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
    Memandangkan kita sudah berada dipenghujung tahun persekolahan 2015, saya tidak berkesempatan untuk bertemu dengan semua murid dengan lebih kerap dan dekat. Insya Allah, kita akan bertemu pada awal tahun persekolahan 2016 bagi kita melestarikan iklim persekolahan yang positif dan memperkasakan proses pembelajaran bagi kita mencipta lebih banyak kejayaan dalam bidang akademik dan ko-kurikulum.
    Cuti persekolahan akan bermula pada 20 November 2015 dan saya ingin mengucapkan selamat bercuti. Saya amat berharap anda menggunakan cuti sekolah dengan bermanfaat serta menjaga kesihatan dan keselamatan diri. Saya juga mengucapkan selamat bercuti kepada guru-guru dan warga kerja SMK Pengkalan Berangan. Semoga cuti kali ini meningkatkan lagi ikatan kekeluarga yang sedia terjalin.
    Akhir kata, sekiranya anda mempunyai sebarang cadangan atau idea untuk menambahbaik iklim persekolahan, anda bolehlah menghubungi saya melalui emel: azmano.smkpb@yahoo.com . Saya menghargai sebarang input dari warga SMK Pengkalan Berangan. Terima kasih kerana mengambil masa untuk membaca mesej pertama saya ini. Insya-Allah, saya akan kemaskini mesej saya setiap bulan.
    Selamat menikmati cuti persekolahan akhir tahun 2015.

    Azman bin Othman @ Abdullah
    Pengetua

    ReplyDelete